~Jangan pernah berhenti berharap…~

semenjak kahwin, saya rasa kehidupan saya sangat2 berubah.family, kerjaya, diri saya sendiri…saya memulakan kerjaya saya di kolej X pada Januari 2011. Itulah pengalaman pertama saya kerja..berjumpa kawan2 baru..ada bos..ada gaji sendiri..honestly, saya seronok sangat. then, saya disahkan hamil. tahun tu,memang tahun saya develop my family. 2012, saya focus pula untuk career development di samping menimba pengalaman sedikit2 sebagai ibu muda. saya rasa gembira. update resipi2 untuk si kecik..tengok dia membesar.. dan tahun tu jugak saya membuat satu keputusan drastik dalam hidup saya. saya pon tak sangka ianya saya buat terlalu awal.

big bos saya seorang lady boss. saya terpaksa akui, lady boss yang saya ada seorang yang emotional, dictator…ia bermula bila saya plan untuk vacation dengan seluruh ahli keluarga saya (mak abah adik beradik). saya book apartment, adik beradik saya block date.. so,saya all out untuk kerja2 saya. balik malam, weekend kerja semata2 untuk 1st convocation college tu..then, saya harap lepas tu boleh la saya berehat dengan indahnya. tapi disebabkan mulut2 jahat dan big bos saya termakan dengan mulut jahat tu, saya dan kawan2 dipaksa untuk ke team building., yg sepatutnye team building tu dah ditangguh selepas aidilfitri (ok..cerita ni mmg dh lame sgt sy simpan..heh)..hancur luluh hati saya..alasan vacation ni mmg x masuk akal bagi dia untuk saya mintak excuse. and my 2nd boss warn saya. waktu tu,saya memang nekad nak resign..(ok..saya pon emosional!). nak ikotkan kes2 yg dulu2, sampai yang ini…saya rasa cukuplah khidmat saya di situ…

I talk to my husband… tau la kan…bila isteri kata nak berhenti kerja dengan alasan dah tak tahan, rasanya macam budak2 je…memang husband saya buat xtau je. hari2 saya cakap benda yang sama..sampaila satu hari, we sat down together. buat action plan. saya fikir nak further study. memang tu pon impian saya selama ini. after dia puas hati terutamanya bab financial..dia kata, okla…ibu boleh berhenti kerja…bila dah dapat green light, saya pon buat la istikharah. Kita merancang, tapi Allah Maha Mengetahui. ini keputusan terbesar saya..nak further study, tapi belum apply lagi, nak kene tunggu transcript master yg pending lagi, xde scholar or loan… saya memang tawakal..26 July 2012…saya hantar surat cinta kat boss saya…saya ada 3bulan lagi untuk settle semua and pada waktu tu saya baru apply untuk further kat UPM. baru apply,,xtentu lagi dapat..huhu

Jangan pernah berhenti berharap…itulah kata2 yang paling sesuai sepanjang tempoh ini..istikharah..solat hajat..tahajjud..dhuha…saya meletakkan semua pengharapan saya pada Allah..Istikharah pun memerlukan mujahadah..perlu sabar..perlu yakin..dengan duit simpanan saya yg memang cukup2 untuk membayar kereta selama beberapa bulan..mengharap tanggungjawab suami mencari sesuap nasi…saya banyak belajar apa maknanya ‘rezeki’… rahsia Allah yang tersimpan rapi… jujurnya, saya sendiri mohon supaya Allah ingatkan saya selalu, bukan duit yang mencukopkan kita..tapi rezeki!

Alhamdulillah…sekarang saya bergelar seorang pelajar…berjaya mendapat pembiayaan MyBrain for 34 months with elaun sara hidup…Kawan2, kalau boleh saya katakan seribu kali…jangan pernah berhenti berharap pada Allah..mengadulah…menangislah…memintalah sebanyak2nya…Allah Maha Penyayang~

Advertisements

~2013~

2013…konon-konon azam baru…so,saya tukar new theme..mood baru.ingat nak delete semua entry yang dulu-dulu. rasa sayang pulak..hehe..nway,hope not too late to wish happy new year..saya berazam untuk rajin update blog tahun ni..yeeaahhhaaa..hehe..

Lagi Resipi Bubur Fahri~

dah lama tak update resipi makanan Fahri..hehe…sekarang Fahri dah 9bulan..nak masuk 10 bulan.so, texture makanan Fahri pon ibu kisar kasar je. Bagi dia rajin mengunyah..hehe…sekarang Fahri dah makan banyak..breakfast, lunch n dinner..tambah dengan snack time..heh..mungkin sebab multivitamin yang Dr bagi,so..banyak la selera makan dia…

Fahri sekarang dah makan ayam…yeaahhh…senang la sikit kerja ibu..masa raya tempohari, nenek tolong buatkan bubur nasi Fahri..Pastu, Ibu dia pulak yang suka makan..hehe…

Bubur ayam + santan :Resepi Nenek

Ingredients: Beras, Carrot, Ayam, Santan

Mula2…masak bubur macam biasa..Theb, in the middle..masukkan ayam (ayam potong kecik2), Carrot (potong kecik2 jugak)…masak sampai jadi bubur la..then, dah nak masak, tambahkan dengan santan..tunggu la sampai santan tu masak…Rasanya memang sedap, lemak berkrim..hehe..Jangan risau, santan sebenarnya elok dan selamat untuk baby.Tambah2 lagi,kalo baby tu kurang berat..hehe

 

Resepi ke 2: Bubur Ayam + Sayur + Apricot

Ingredient : Beras, Minyak, Bawang Besar, Ayam, Kentang, Carrot, Kacang Buncis dan Dried Apricot

Untuk resipi yang ni, tumis bawang besar..dah naik bau, masukkan ayam..tambah sedikit air..kemudian, masukkan beras yang telah dicuci bersih dan juga air yg cukup. Kemudian, masukkan kentang dan carrot…Bile dah hampir masak, masukkan kacang buncis dan juga dried apricot.. Ibu potong semua kasar2 je, xsempat la nak potong halus2..akhirnye,nanti blend je semuanya..hehe…Bubur yang ni ade rase masin2 sket,mungkin pati2 ayam tu dah keluar..dan manis2 dari apricot dan sayur2..yang ni pon sedap..Ibu suka..hehe

Saya ada jumpe satu source yang memang bagus gile untuk ibu2 muda yang sedang giat memasak 1st solid food untuk baby. ye la kan…kite pon xtau mane makanan yang sesuai untuk baby…Yang ni, memang saya print…letak kat meja. Petang2,tengok benda ni n fikir…nak masak ape pulak untuk Fahri malam ni..hehe..xkan la asyik2 kentang n carrot..hehehe..semoga benda ni berguna untuk semua..saya xtau mane source benda ni, sbb sy jumpa orang upload kat FB..hehe

Broccoli with prune~

Fahri macam sembelit plak sehari dua ni. Sebab dia x ‘membuang’ pon.kalo ‘membuang’,rasa macam keras je. Tak tau la kan kalo memang itu phase development dia. Tapi, to avoid dia sembelit, ibu belikan prune untuk Fahri. Kenapa tak suapkan fresh fruit untuk fahri macam betik ke,pisang ke…ye, memang boleh bagi..tapi, bile weekdays n ibu bekerja…macamana nak rely on babysitter bagi makan macam kita. Dia tolong bagi makan lunch n dinner Fahri pon dah cukup bertuah…huhu..

So, Ibu masakkan special untuk Arif Fahri…Bubur nasi with kentang, ikan bilis,carrot n apricot… dan juga Broccoli with prune. Ibu asingkan Broccoli dengan nasi, sebab ibu xnak bubur nasi tu terlalu pahit untuk fahri n to avoid overcook.

Broccoli with prune~

  1. Rebuskan broccoli sampai masak. Camne tau tau dah masak, cucuk gune garfu. Bila broccoli tu jatuh dari garfu, dah masak la tu..hehe..dlm 4~5 minit je dah masak.
  2. Then, asingkan air rebusan n broccoli. Air rebusan boleh masukkan dalam bubur nasi.
  3. Blend broccoli dengan prune…siaaapppp~

Bubur nasi with appricot~

  1. Tumiskan onion dan ikan bilis (kali ni Ibu tak sempat belikan Ikan untuk Fahri…so, ibu letak ikan bilis byk sikit)..Gunakan olive oil lebih baik untuk bayi, kalau tiada..guna butter pon boleh. Untuk low weight baby, banyakkan penggunaan butter n minyak (dalam 3~4 sudu besar).
  2. Bile dah naik bau, masukkan beras, air dan air rebusan broccoli tadi.
  3. Then, tambah sayur2an..kali ni, ibu masukkan kentang, carrot n apricot (dried apricot)..boleh try dengan sayur2 lain juga.. so far, Ibu dah try tomato, bayam, sweet potato n raisin..
  4. If ada ikan/ayam, boleh masukkan dalam bubur…potong kecik2, masukkan dalam bubur…
  5. Dah masak…boleh blend~

According to Nutritionist’ Choice Cookbook yg mengandungi banyak resipi2 untuk bayi, toddler n preschool… Ikan yang sesuai untuk bayi berumur 8~10 bulan, anda boleh cuba ikan tenggiri dan ikan kurau.Tapi kalau ikut Annabel Karmel, recipe for 6~9 months, boleh try oily fish like salmon, tuna, sardines and trout fish, sangat baik untuk visual dan otak kerana mengandungi omega-3. Sila pastikan, semua ikan2 tersebut fresh, bukan dari dalam tin ye~Untuk hidangan protein yang lain, boleh try ayam seawall 6 months,beef 8-10 months.

Jangan takut untuk mencuba resipi untuk anak2, jadikan ia sebagai hobi baru. Saya sarankan, rasa hidangan yang anda masak. Kalau kita pon tak suke, ape lagi anak2 kita…hehehe..Setakat ini, saya suka…and of course, Fahri pon suka…so, tak banyak la nak gaduh2 n kejar2 dia bagi makan..heheh

*gambar akan di upload kemudian..internet slow..uhuk..uhuk…mungkin, dia juga puasa~

First Protein Meal untuk Fahri~

hari ini besday ibu…jadi ibu masakkan special untuk anak ibu tersayang…sanggup tak cukup tido malam…heh

ibu baru nak introduce Arif Fahri dengan sayur2 hijau dan juga protein. Selama ni Fahri asyik dapat stock ikan bilis je. Dah masuk 8bulan, baru la ibu nak try masakkan ikan untuk Fahri..

Bukannya senang nak bagi baby makan ni…mmg la deria rasa dia takde lagi,tapi kalo tak sedap,mulut pon dia xnak buka.huhu…After search kat internet, n tengok2  resipi kat website Annabel Karmel, ada one good point yang dia gune untuk introduce sayur2 untuk baby. Dalam resipi2 Annabel Karmel ni, dia akan masak sumthing sweet macam sweet potato and apricot dalam hidangan yang ada sayur2. So, untuk Fahri kali ni, Ibu masakkan bubur nasi + potato + bayam + raisin… For the first time ni, Ibu letak bayam sikit je la, takut pahit sangat la plak. Alhamdulillah, rase dia k, manis2 sket.

First Sayur Hijau untuk Fahri- sayur bayam

 

ini la dia rupa bubur nasi Fahri..tapi ibu termasukkan sayur bayam tu terawal pulak.huhu..ter’overcook’ sket..huhu…Pastu, ibu tapis je bubur nasi ni. Selalu orang blend je kasi halus, senang kan…Tapi Ibu tak beli lagi blender khas untuk Fahri, so Ibu tapis je la…hasil die pekat sket,boleh la Fahri makan dengan stock ikan bilis…hehe

First protein meal Fahri ialah Ikan tenggiri. According to Dr. Ikan tenggiri elok untuk baby sebab kadar DHA yang tinggi. Ibu slice ikan tu kecik2, then perahkan dengan orange juice bagi hilang hanyir. (sebenarnye Annabel Karmel gune ikan salmon…hehe..ibu je malas nk cari salmon)

 

then…boleh je masak gune microwave or masuk dlm oven sampai masak..hehe..Ibu tak guna microwave or oven, tapi ibu grill je gune grill pan. hehe…grill pan ni beli kat Ikea je, tak mahal pon, rm68 je. Letak je atas grill pan dengan orange juice tu skali, then letak butter…masak kejap je, jgn sampai garing sgt. nanti keras plak..kesian si comel.

 

camna nak tau dah masak, kalo full kepingan ikan tu dah bertukar jadi putih susu and kite boleh nampak flakes daging ikan tu,consider dah masak la tu…fuuhhhh….bau dia memang best…Ibu siap makan  tolong rasa sekali.nasib baik ibu masak malam…kalo puasa, dapat bau je la..hehe…then, cincang2 kepingan ikan yang sudah dimasak guna garfu…

 

taaraaaa…..Lunch n Dinner Fahri dah siap masak…..Ibu letak dalam bekas dadih, supaya senang babysitter tu panaskan gune warmer…hehe…harap2 Fahri suka…ibu masak special sempena besday ibu…hehehe

 

~salam ramadhan~

alhamdulillah..ini tahun kedua berpuasa sebagai seorang isteri,tahun pertama sebagai seorang ibu…

hari pertama bersahur, si kenit Arif Fahri yang sebuk bangun dulu seawal 4.40 a.m. waahh…awal betul si cumel ni. siap bersahur sekali makan roti..then, bangun lagi pukol 9,makan breakfast lagi..hehe..takpelah, janji Arif Fahri cepat besar..

tahun pertama sebagai seorang ibu…yang paling challenging ialah memastikan susu untuk Fahri cukup. Lebih2 lagi untuk ibu2 yangbekerja. saya memang xde special tips, cuma pastikan  sahur kene makan nasi, kurma n minum air yang banyak. Harap2 cukup la untuk bekalan Fahri. Setakat ni, Alhamdulillah…exclusive breasfeed for 8 months. Ye, saya mengaku..ia bukannya mudah untuk ibu2 yang bekerjaya.

Pengalaman selama 8 bulan…saya akui, emosi sangat memainkan peranan. itu tak termasuk penat, tak sempat nak makan,xde mase nak pumping susu…disebabkan saya rasa Arif Fahri allergy susu formula, mungkin itu salah satu motivasi untuk saya keep pumping, think positive dan berdoa supaya Allah mudahkan saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Saya dah mula memasak bubur untuk Arif Fahri. Walaupun penat, bile memasak untuk Fahri..bahagia rasenya walaupon memasak pada pukul 2~3pagi..hehe..Tambah2 lagi babysitter Fahri kata,Fahri memang berselera makan bubur yang ibu masak..waahh….kene buat list resipi la untuk Fahri ni. Setakat ni,saya tukar menu Fahri seminggu sekali. In addition, masih dalam stage try n error. Sebab, Fahri ni ade food allergy. so, kene kenalpasti dulu makanan ape yg sesuai. Kalau tak,mesti meruam 1 muka. kesian plak tengok dia merengek2 sambil garu2 muka dia… huhu

Menu Fahri setakat ni:

  1. Bubur Nasi + Stok Ikan Bilis
  2. Bubur Nasi Carrot + Stok Ikan Bilis
  3. Bubur Nasi Kentang + Stok Ikan Bilis
  4. Bubur Nasi Kentang n Carrot + Stok Ikan Bilis

hehe..asyik stok Ikan bilis je kan…Stok ikan bilis ni, bukan kiub ikan bilis tau…yg ni stok ikan bilis buatan sendiri..camne nak buat, tumis ikan bilis (suggested by nurse untuk naikkan berat Fahri yang masih lagi line merah),then masukkan air..Rebus dalam 45minit or sampai air die menjadi setengah daripada yang asal. Then, masukkan dalam bekas kecik2 macam bekas dadih tu, simpan dalam freezer. Boleh tahan untuk 3 bulan. Tapi untuk kes Arif Fahri ibu buat untuk 3~4 hari skali. Maklum la, peti sejuk cumel je. Masukkan susu, ice pack n stock ikan bilis Fahri..dah penuh..hehe

Untuk bubur, saya tak blend..saya gigih je la tapis bagi halus. Tapi hasilnya memang pekat. sebab tu ade stock ikan bilis. Saya nak try buat stock ayam pulak..tapi takut Arif Fahri allergy..huhu…next menu, ikan tenggiri la kot untuk si cumel ni…=)

Selamat Ramadhan semua….semoga Ramadhan kali ni dapat kite manfaatkan lebih dari tahun2 yang lalu~