~Jangan pernah berhenti berharap…~

semenjak kahwin, saya rasa kehidupan saya sangat2 berubah.family, kerjaya, diri saya sendiri…saya memulakan kerjaya saya di kolej X pada Januari 2011. Itulah pengalaman pertama saya kerja..berjumpa kawan2 baru..ada bos..ada gaji sendiri..honestly, saya seronok sangat. then, saya disahkan hamil. tahun tu,memang tahun saya develop my family. 2012, saya focus pula untuk career development di samping menimba pengalaman sedikit2 sebagai ibu muda. saya rasa gembira. update resipi2 untuk si kecik..tengok dia membesar.. dan tahun tu jugak saya membuat satu keputusan drastik dalam hidup saya. saya pon tak sangka ianya saya buat terlalu awal.

big bos saya seorang lady boss. saya terpaksa akui, lady boss yang saya ada seorang yang emotional, dictator…ia bermula bila saya plan untuk vacation dengan seluruh ahli keluarga saya (mak abah adik beradik). saya book apartment, adik beradik saya block date.. so,saya all out untuk kerja2 saya. balik malam, weekend kerja semata2 untuk 1st convocation college tu..then, saya harap lepas tu boleh la saya berehat dengan indahnya. tapi disebabkan mulut2 jahat dan big bos saya termakan dengan mulut jahat tu, saya dan kawan2 dipaksa untuk ke team building., yg sepatutnye team building tu dah ditangguh selepas aidilfitri (ok..cerita ni mmg dh lame sgt sy simpan..heh)..hancur luluh hati saya..alasan vacation ni mmg x masuk akal bagi dia untuk saya mintak excuse. and my 2nd boss warn saya. waktu tu,saya memang nekad nak resign..(ok..saya pon emosional!). nak ikotkan kes2 yg dulu2, sampai yang ini…saya rasa cukuplah khidmat saya di situ…

I talk to my husband… tau la kan…bila isteri kata nak berhenti kerja dengan alasan dah tak tahan, rasanya macam budak2 je…memang husband saya buat xtau je. hari2 saya cakap benda yang sama..sampaila satu hari, we sat down together. buat action plan. saya fikir nak further study. memang tu pon impian saya selama ini. after dia puas hati terutamanya bab financial..dia kata, okla…ibu boleh berhenti kerja…bila dah dapat green light, saya pon buat la istikharah. Kita merancang, tapi Allah Maha Mengetahui. ini keputusan terbesar saya..nak further study, tapi belum apply lagi, nak kene tunggu transcript master yg pending lagi, xde scholar or loan… saya memang tawakal..26 July 2012…saya hantar surat cinta kat boss saya…saya ada 3bulan lagi untuk settle semua and pada waktu tu saya baru apply untuk further kat UPM. baru apply,,xtentu lagi dapat..huhu

Jangan pernah berhenti berharap…itulah kata2 yang paling sesuai sepanjang tempoh ini..istikharah..solat hajat..tahajjud..dhuha…saya meletakkan semua pengharapan saya pada Allah..Istikharah pun memerlukan mujahadah..perlu sabar..perlu yakin..dengan duit simpanan saya yg memang cukup2 untuk membayar kereta selama beberapa bulan..mengharap tanggungjawab suami mencari sesuap nasi…saya banyak belajar apa maknanya ‘rezeki’… rahsia Allah yang tersimpan rapi… jujurnya, saya sendiri mohon supaya Allah ingatkan saya selalu, bukan duit yang mencukopkan kita..tapi rezeki!

Alhamdulillah…sekarang saya bergelar seorang pelajar…berjaya mendapat pembiayaan MyBrain for 34 months with elaun sara hidup…Kawan2, kalau boleh saya katakan seribu kali…jangan pernah berhenti berharap pada Allah..mengadulah…menangislah…memintalah sebanyak2nya…Allah Maha Penyayang~

Advertisements

One thought on “~Jangan pernah berhenti berharap…~

  1. aishahkay berkata:

    wah! 🙂 insyaAllah… all the best okay.
    happy new year. 🙂

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s