~salam ramadhan~

alhamdulillah..ini tahun kedua berpuasa sebagai seorang isteri,tahun pertama sebagai seorang ibu…

hari pertama bersahur, si kenit Arif Fahri yang sebuk bangun dulu seawal 4.40 a.m. waahh…awal betul si cumel ni. siap bersahur sekali makan roti..then, bangun lagi pukol 9,makan breakfast lagi..hehe..takpelah, janji Arif Fahri cepat besar..

tahun pertama sebagai seorang ibu…yang paling challenging ialah memastikan susu untuk Fahri cukup. Lebih2 lagi untuk ibu2 yangbekerja. saya memang xde special tips, cuma pastikan  sahur kene makan nasi, kurma n minum air yang banyak. Harap2 cukup la untuk bekalan Fahri. Setakat ni, Alhamdulillah…exclusive breasfeed for 8 months. Ye, saya mengaku..ia bukannya mudah untuk ibu2 yang bekerjaya.

Pengalaman selama 8 bulan…saya akui, emosi sangat memainkan peranan. itu tak termasuk penat, tak sempat nak makan,xde mase nak pumping susu…disebabkan saya rasa Arif Fahri allergy susu formula, mungkin itu salah satu motivasi untuk saya keep pumping, think positive dan berdoa supaya Allah mudahkan saya jalankan tanggungjawab saya sebagai seorang ibu.

Saya dah mula memasak bubur untuk Arif Fahri. Walaupun penat, bile memasak untuk Fahri..bahagia rasenya walaupon memasak pada pukul 2~3pagi..hehe..Tambah2 lagi babysitter Fahri kata,Fahri memang berselera makan bubur yang ibu masak..waahh….kene buat list resipi la untuk Fahri ni. Setakat ni,saya tukar menu Fahri seminggu sekali. In addition, masih dalam stage try n error. Sebab, Fahri ni ade food allergy. so, kene kenalpasti dulu makanan ape yg sesuai. Kalau tak,mesti meruam 1 muka. kesian plak tengok dia merengek2 sambil garu2 muka dia… huhu

Menu Fahri setakat ni:

  1. Bubur Nasi + Stok Ikan Bilis
  2. Bubur Nasi Carrot + Stok Ikan Bilis
  3. Bubur Nasi Kentang + Stok Ikan Bilis
  4. Bubur Nasi Kentang n Carrot + Stok Ikan Bilis

hehe..asyik stok Ikan bilis je kan…Stok ikan bilis ni, bukan kiub ikan bilis tau…yg ni stok ikan bilis buatan sendiri..camne nak buat, tumis ikan bilis (suggested by nurse untuk naikkan berat Fahri yang masih lagi line merah),then masukkan air..Rebus dalam 45minit or sampai air die menjadi setengah daripada yang asal. Then, masukkan dalam bekas kecik2 macam bekas dadih tu, simpan dalam freezer. Boleh tahan untuk 3 bulan. Tapi untuk kes Arif Fahri ibu buat untuk 3~4 hari skali. Maklum la, peti sejuk cumel je. Masukkan susu, ice pack n stock ikan bilis Fahri..dah penuh..hehe

Untuk bubur, saya tak blend..saya gigih je la tapis bagi halus. Tapi hasilnya memang pekat. sebab tu ade stock ikan bilis. Saya nak try buat stock ayam pulak..tapi takut Arif Fahri allergy..huhu…next menu, ikan tenggiri la kot untuk si cumel ni…=)

Selamat Ramadhan semua….semoga Ramadhan kali ni dapat kite manfaatkan lebih dari tahun2 yang lalu~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s