New Chapter of my Life II~

since my last entry on 31 Jan,I think I need to update something…yes…about my new life~

Arif Fahri sekarang dah 5bulan setengah. Alhamdulillah, membesar dengan sihat, berkembang dengan baik. berat, baru 5kg. okla kan…macam tak percaya, berjaya membesarkan dia dari berat 1.65kg kpd 5kg. Ye,physically dia masih nampak kecil.Tapi dah tergolek2 macam bantal golek. heh

Menjadi Ibu dan bekerja (bukan Ibu yg bekerjaya…sbb kerjaya sya biase2 saje..hehe)…honestly tough..Kerja..Pump susu pastikan susu cukup..balik kerja n memasak..amik si cumel dari babysitter..siapkan baju2 utk si cumel ke asrama esoknye..nampak macam simple, tapi tu la…kadang2 bile tidokan Fahri seawal pukol 8malam,dengan ibu fahri sekali tertido. Sedar je dah pukul 10malam, masak x siap lagi..ayah fahri tak makan lagi..aiseeyyyyy~kesian ayah Fahri,semenjak ada Fahri..ayah Fahri dah jadi 2nd man pulak..huhu..

Saya memang tak berapa sangat pandai nak melayan budak kecik sangat..Untuk kes Arif Fahri,saya memang banyak rely on babysitter. Demam pon antar rumah babysitter dengan harapan babysitter boleh jaga dia dengan baik. Just imagine, punye la risau,suhu Fahri 37.2°C pon saya bawa gi klinik..ada sekali tu, masuk emergency tengah2 malam..ye la kan..kite xde pengalaman jaga baby demam. asal lebih 37°C je consider demam..hihihi..Alhamdulillah, babysitter sangat baik n memahami. Banyak sangat tolong jaga Arif Fahri.

Ayah Arif Fahri..selalu borak2 dengan Arif Fahri. kadang2 saya perasan, Arif Fahri lagi suka borak2 dengan ayah dia. and ayah dia pulak,suke treat dia macam orang besar. Borak2 macam orang besar. Ayah Arif Fahri la paling rajin nak dodoi2 Arif Fahri tido. Maklumla, kat rumah kami xde buai pon.So, terpakse la ayah dia jadi buaian manusia. Dah ada anak ni, en.suami memang banyak membantu. dulu memang selalu merajuk. ye la…mase duduk berdua, boleh la dia rely on isteri buat semua benda..bangun tidur sarapan dah siap..sekarang,dah xdapat la..no more bangun2 lambat. Alarm semulajadi tu bangun awal. kalau Alarm tu dah berbunyi, dua2 kene bangun. en.suami jage Fahri,bolehla cik.isteri buat sarapan or ape2 yg patut.heh

Sekarang Arif Fahri dah nak start makan. Ibu die yang excited nak belikan sudu, bekas makanan n nak cube resipi makanan Fahri. Tapi Fahri macam xready lagi nak makan. Kalau try nak suap madu or buah, mesti dia tolak. .xpe la kan, Arif Fahri pon belum masuk 6 bulan. Harap2, genap 6 bulan, nak la Arif Fahri makan.

Anak memang therapy terbaik. Bile dia senyum, ketawa, tergolek2,banyak minum susu…semuanya stress hilang..he totally change my life. Harap Arif Fahri membesar dengan baik.Jadi anak yang baik.aminn~

Advertisements

2 thoughts on “New Chapter of my Life II~

  1. Fairuz berkata:

    Seronok sungguh life awak sekarang ni ye…hehe…

  2. fauzani~ berkata:

    alhamdulillah….ada anak kecil,memang nampak macam best..tapi sebenarnye, kene banyak sabar n xboleh malas2..hehe…tp honestly.mmg terhibur=)

    uncle apai bile lagi???hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s