Trimester Ketiga~

sudah beberapa minggu saya memasuki fasa trimester ke-tiga. pada mulanya saya ingatkan, saya akan OK hingga baby keluar. rupanya tidak,ini bermakna fasa honeymoon semasa hamil saya telah tamat..ye..saya memang dah dapat rasakan fasa ke dua tu benar2 tamat.

akhir2 ni, saya rasakan simptom2 ketika di fasa pertama datang kembali. saya semakin cepat letih, perut sebu, tidak berminat dan kurang pandai memasak (kalau masak, mesti kurang sedap…huhu)..yang lain2, saya dah mula bangun malam dan tidak lena tidur dan kaki dah mula sakit2 di waktu malam. dan saya semakin cepat lapar di kala ini. Baby, alhamdulillah dalam keadaan baik. bergerak dengan aktif dan kadang2 saya rasa mungkin tangan or kaki die tersangkut di tulang rusuk saya.so, kene usap2 sket dlu..kalo tak, saya tak boleh nak membongkok or bergerak sangat. kadang2, saya pon terfikir, apela yang baby sedang lakukan. berpusing, menendang, menyucuk,menolak,menggeliat dan bermacam2 lagi…

Preparation for baby, alhamdulillah…almost 90% dh complete(harap2 list sy buat tu cukup lengkap). tinggal perkara2 kecil je lagi termasuk barang2 saya untuk ke hospital. so, dalam 2~3 minggu lagi saya dah boleh cuci semua pakaian baby and pack brg utk ke hospital. barang2 yang lain, special delivery ke rumah mak. InsyaAllah..saya n baby akan berpantang di Ijok nanti.yeeaahhh…Qaireen dapat cousin baru untuk main2=)

Dalam membuat preparation untuk baby, semestinya mencari baby sitter/ nursery adalah perkara utama untuk bakal ibu bapa yang bekerja. memang risau, sbb due dah dekat tapi tak buat survey langsung pon. alhamdulillah, berkat saya memberi bubur dari open house college saya aritu kat jiran2, jiran2 saya pon datang beraya ke rumah (sungguh tak sangka dan terharu ada org nak dtg beraya di rumah kami..). Then, kakak depan rumah saya ni willing nak jage baby saya nanti. kebetulan dia pon ada baby jugak.jadi, small matter la untuk dia kalo nak tambah lagi sorang baby untuk jadi kawan2 baby die nnt.Alhamdulillah…dua tiga langkah dah sampai rumah kakak tu..nnt xdela berpanas or berhujan nak antar baby..Perbincangan lanjut dengan kakak tu akan dibuat secepat mungkin=)

Beberapa minggu lagi sahaja yang tinggal..saya harap saya mampu bertahan..demi baby~

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s