MoOd RaYa~

teruk sangat tak ye kalau saya katakan tahun ni saya sangat2 menantikan kehadiran Aidilfitri di kala ramai yang sedih meninggalkan bulan Ramadhan.huhu..i do love Ramadhan because its barakah and all the kelebihan yang ada..tapi saya juga menantikan aidilfitri..huhu

sebab utamanya…bukan kerana it is my first time celebrate aidilfitri as a wife..mungkin sebab saya nak naikkan berat badan saya yang telah menurun. Nurse kata,mungkin sebab puasa. berat saya yang turun naik ni la yang boleh saya katakan, berat tak naik pon dr berat asal as a 6month pregnant woman. orang lain kata, biase la tu…di awal2 kehamilan..mmg camtu…bagi saya, risau jugak kan..sepatutnye, mengikut perkembangan setiap minggu kehamilan, untuk stage ni berat saya seharusnya naik 0.5kg/week.tp xpela kan…as long as saya sihat..baby sihat..saya dah puas hati.

owh..maknenye..saya nak raya sebab saya nak makan la kot…huhu…Puasa untuk ibu mengandung memang mencabar..serious..mungkin untuk saya sahaja yang kekurangan berat ni kot. Kadang2 mcm bersemangat..kalau dah tengah2 minggu ni, mcm dah xde tenaga..walauapepon. saya harap baki2 puase yang ade ni, sempat la saya penuhkan..hehe..so,insyaAllah saya puase penoh tahun ni=)

Untuk raya,

  1. Kuih Raya : Dah siap beli, dapat dan bayar..(alhamdulillah…selepas cut budget2 lain).hehe
  2. Duit Raya : Dah siap masukkan sampul..Ape yang ade je mengikut budget..huhu
  3. Zakat Fitrah : alhamdulillah..telah diselesaikan..tahun ni tanggungjawab bertukar tgn kepada en.suami..
  4. Baju Raya : 7pasang..2 maxi dress beli online..5 dah tempah beberapa bulan dlu.bile kire2 berape pasang…eh,mcm byk la plak…tp xpela, tu semua baju standard ibu2 mengandung yang insyaAllah digunakan sampai deliver nnt (kalau muat la baju kurung pahang tu..hehe).mungkin sbb baju2 ni la budget2 yang lain telah dipotong…hahaha. untuk en.suami, i sempat tempahkan baju melayu sepasang..ok,bukan saya yg tempah,my mum yang tolong tempahkan,sbb itu baju family tahun ni..so,saya cume tlg bayar je..hehe..
  5. Rumah : rumah kami dikemas seperti biase..cume mungkin tiade siape yang nak beraye di rumah kami..hehe..jadi, kuih muih semua akan di distribute kepada ibu saya dan ibu mertua…
  6. Kasut Raya : buat pertama kalinya saya rase x mood langsung nak beli kasut raya..pakai je la kasut kerja untuk raya..huhu
  7. Beraya di mana: InsyaAllah akan beraya bersama keluarga mertua di PJ (pulang ke Rembau untuk 1st day raya..InsyaAllah),then raya ke-2, ke-3, k-e4,ke-5 di Ijok(keluarga side saya)..hehehe…
  8. Baby : tiade ape2 persiapan…semua preparation untuk baby dihentikan seketika. tp jgn risau, ibu dah allocate duit raya untuk baby=)nnt raya kita makan banyak2 ye=)1portion untuk ibu,1portion untuk baby…hehe
  9. Kereta : belum hantar untuk dicuci lagi…hehe…
Harap2nye saya tak nangis sbb 1st day raya di perantauan setelah 25tahun menyambut aidilfitri di Ijok…hehehe…tu la kan, bila dah berumahtangga, yang pertama kene sabar, kedua bertoleransi…jangan gaduh2 untuk raya..Next year, boleh raya Ijok dengan baby plak..mesti lebih ceria…yeeaaahhhh~
Nway, selamat hari raya aidilfitri to all the bloggers and kengkawan maya semua.
Ampun maaf dipinta jika ada entry or comment saya yang mengguris jiwa.
Yang jauh perjalanan untuk pulang ke kampung, pastikan kereta anda dalam keadaan baik, anda cukup rehat dan pandulah dengan berhemah. Jangan lupa membaca doa menaiki kenderaan.
Yang main mercun,sayangi jari jemari,mata,muka,tangan,kaki dan tubuh badan anda..jgn sampai tercedera.
Bab2 makan dan juadah raya, setelah slim selama sebulan..harap2 maintain slim=)
yang terakhir….selamat berkunjung-kunjungan dan ziarah menziarahi saudara mara kita yang senang mahupon susah..sucikan hati,buang ego jauh2..same2lah kita bermaaf2an and start a new life..yang rase2nya pernah mengguris hati ibu n ayah,pulanglah ke kampong..jika ditinggalkan di rumah orang2 tua,ambillah mereka..masih sempat untuk kita tunjukkan kasih sayang dan membalas budi mereka~huhu…mcm drama melayu(tp ini reality kan….huhu)
Selamat Hari Raya Aidilfitri semua~semoga Aidilfitri kali ini lebih bermakna untuk kita..insyaAllah
Advertisements

2 thoughts on “MoOd RaYa~

  1. AzamHassan berkata:

    baju raya 7 pasang tu yang cool tu..hehe..jangan bersedih ya beraya tanpa udara ijok taun ni =D

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s