Feeding Bottle and milk storage bottle~

Previous entry, saya dah janji nak buat entry pasal pemilihan bottle susu. Selepas beberapa review, ada beberapa perkara yang saya dapat dalam memilih botol susu.hehe.. Perkara pertama yang semua orang tahu, kita mestilah memilih botol yang mempunyai label BPA free. details BPA free, boleh search dalam internet.hehe..ok, BPA free bottle ade 2 type, PP and PES. bezanya, saya rasa contains composite bottle dia, dan daripada composite die ni la yang membezakan lifetime bottle tersebut. PP biasenya boleh dipakai hingga 6~7 bulan, dan PES lebih kurang 12 bulan. Feature PP bottle ni, memang macam tupper ware..hehe..kalo PES, botol dia macam botol susu plastic biasa, cuma color die agak kekuning2an sedikit.

Yang kedua..untuk memilih botol susu or known as feeding bottle, kita kene tau samada kita nak breastfeed baby and baby akan gune bottle sekali sekala, or baby akan gune formula milk. kalo baby akan minum susu formula, pemilihan botol susu tidaklah sukar. kita boleh pilih sahaja mana yang ada, bergantung kepada baby suka atau tak. If kita berazam untuk breastfeed baby dan bottle digunakan apabile kita tiada di sisi dia, maka pemilihan botol susu perlulah dititikberatkan. Sebab utamanya; kita tak mahu baby terlalu selesa dengan bottle susu sehingga die dah tak mahu lagi susu badan or nipple confusion. Macamane nak pilih, sekarang kite kene buat research sket untuk milk flow setiap bottle. Sekarang ada banyak jenis bottle yang ‘breast like’ bottle. so, kite kene buat sedikit review dan pilih. Contoh paling baik recommended by Bottlefeeding a Breastfed Baby, boleh try BreastFlow bottle by the first years. Untuk lain2 brand, kita boleh pilih untuk teat flow rate supaya kita boleh control milk flow dari bottle. Setakat yang saya tengok2 Avent and Tommy Tippee, those brands memang ade teat untuk new born baby. Boleh try tengok kat Avent untuk tengok flow rates. gambar yang kat bawah ni, feeding bottle dari tommee tippee. Nampak tak kat bahagian atas kanan kotak tu, Om++. maknenya, itu untuk new born baby punye teat flow. Sesuai dengan tema Close to Nature, saya memang suke bentuk bottle die and puting dia. sangat soft. actually, saya jumpe brand tommee tippee ni masa jalan2 tengok2 stroller. then, saya tanya salesman tu..bottle mane yang paling natural/close dengan ibu punya. Pastu, dia recommend brand ni. Ok, back to the discussion, selain tu kita boleh pilih samada nak beli anti-colic bottle or tak. anti-colic ni untuk mengelakkan baby kembung perut. Since, jenama2 yang macam2 features dia ni agak mahal, buat la review banyak sket supaya setiap belian adalah berbaloi. Ada jugak review yang kata, semuanya bergantung kepada baby tu sendiri. Kadang2 baby tak kisah pun dengan bottle susu ni (means baby selesa, tak confuse dll). Ada yang suggest, jangan beli banyak2 botol susu dulu sampai jumpa botol yang baby rasa sesuai untuk dia.

Yang ke-tiga…jangan confuse antara feeding bottle and milk storage bottle. Milk storage bottle adalah botol yang digunakan untuk simpan expressing breastmilk. Banyak brand untuk milk storage bottle kat malaysia ni selain2 brand2 yang mahal, seperti Autumz, Bumble Bee, SafetyPlus etc. Berbanding dengan feeding bottle, milk storage bottle ni kite kene tengok instruction untuk bersihkan botol2 ni semua. Sesetengah milk storage, sterilize/boiling the bottle are not recommended kecuali kalo brand tu memang untuk feeding and storage bottle. So, kita kene follow dia punye instruction sbb kebyanyakan storage bottle biase tak tahan panas. Tapi, saya ada jumpe dalam forum, boleh try sterilize botol tu, as long as ‘no softening feel’ (menurut website tu) or dalam kata lain2, tiade tanda2 nak melting, maka maknanya botol ni adalah OK utk kite sterilize. Kalau tak, kene la buat manual. Basuh dengan air sabun yang suam..then, rendam dalam air panas and bla..bla..bla..So, yang penting, baca instruction untuk setiap barang yang kita beli. Jangan buat assumption sendiri, nanti rugi dan membahayakan kesihatan..huhu..Since, bottle ni rupenye same macam botol biase, cume die ade cover atas tu..boleh saja ia digunakan as feeding bottle. cari puting yang match dan clean as instruction. gambar2 kat bawah ni, contoh2 utk milk storage dengan harga yang sangat berpatutan=)

Yang ke-4..sterilizer…ingat tak dulu mase kecik2, ibu kite didihkan botol susu untuk bunuh virus, bakteria and parasites yang ade kat botol tu..sekarang, lebih mudah sebab dah ade electric sterilizer. Pilih saje nak method yang mane.. steam, microwave or yang traditional..boiling la kan..semuanya ok..janji, baby kita selamat, x sakit perut…hehe..Kalo anda berniat untuk beli sterilizer, pastikan botol susu anda muat dalam sterilizer tu..Kalau tommee tippee, badan die gemuk sket..so, kene try dan cari yang sesuai~(itu tips dari salesgirls kat kedai baby..hehe)

Saya jumpa articles yang berguna untuk bakal2 ibu yang berazam dan berniat untuk breastfeed. A Guide to a Successful Breastfeeding…saya baru jumpe dan belom study lg..hehe…

nway,tu je la yang boleh saya share untuk kali ini..see u next time=)

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s