~PuAsE…~

harap tak terlambat saya nak ucapkan selamat berpuasa kepada semua muslimin and muslimat..semoga kita semua lebih memanfaatkan ramadhan kali ini dengan sebaiknya.insyaAllah…

Pertama kali berpuasa as seorang isteri..alhamdulillah..semuanya ok..kalau sebelum ini, saya terpakse bergantung semuanya kepada mak saya, sekarang everythings saya kene buat sendiri..sediakan juadah bersahur and berbuka..bersahur, alhamdulillah housemate saya cume request air susu kotak, roti and nuttella..cume saye je la, kene panaskan lauk sket dan sahur makanan berat. maklumlah, semenjak berbadan dua, saya memang kene memikirkan lebih satu lagi nyawa yang ada dalam badan saya..hehe

alhamdulillah, setakat 3 hari ni,saya masih larat lagi berpuasa. cume kadang2 memang saya tak nafikan, memang letih. so, saya terpaksa fikirkan…apa yang patut saya buat selain daripada tak berpuasa. selagi larat, tak muntah2, tak pening2 kepala, tak pitam, tak berpeluh2 yang tak normal…saya harap saya mampu untuk berpuasa sebulan..saya search internet tips2 untuk ibu2 hamil yang berpuasa dan nasihat kawan2 yg lain. kesimpulan yang saya dapat:

Pertama : Saya kene minum air yang banyak sepanjang waktu berbuka hingga waktu bersahur. Kebanyakan sumber berkata, saya sepatutnye minum 2liter air sehari. oowwhh…minum air yang banyak memang susah. tapi saya ambil 1 indicator..kalau saya minum dan saya kerap buang air sepanjang malam,maka itu satu petanda yang baik bahawa saya tak mengalami dehydrate. harap2 saya tak dehydrate..dan saya cube sedaya upaya sekurang2nya minum 7~8gelas sehari.

Kedua : saya kene ambil makanan yang berkhasiat sewaktu berbuka.2 hari yang pertama membeli juadah berbuka puasa di bazar, membuatkan saya sakit perut. so saya decide, selagi mampu, saya nak memasak untuk berbuka. saya kene pastikan sayur2 hijau, ayam/ikan, dan buah2an dalam hidangan berbuka saya mengikut piramid makanan..hahaha..poyo je..hehe..saya sediakan yang termampula kan, asalkan sy x sakit perot.lebih sihat dan juga lebih jimat=)

Ketiga : Bersahur..Sebelum ini, kalau saya di hostel, memang saya minum je segelas air. Mase menggantikan puase yang lepas2 pon, minum air dan kurma sudah cukup untuk berpuasa. sekarang, saya rasa saya tak tak boleh mengamalkan pemakanan begitu. Tapi apalah daya saya untuk bangun awal pagi memasak. Jadi, saya makanlah apa yang termampu saya sediakan setiap pagi. Cereal oat drink, nasi impit dan lauk2 yang saya panaskan dan kurma. menurut kebanyakan pakar, makan makanan berserat dapat membantu menahan lapar kerana ia tubuh memerlukan masa yang lebih lama untuk menghadamkan makanan yang banyak serat. Oat juga serat kan? jadi, okla tu kan??hehe..

Keempat : Makan kuih2 dan susu selepas terawih. Untuk elakkan saya lapar di tengah malam dan memastikan baby mendapat keperluan yang cukup, saya akan pastikan saya makan selepas solat terawih walaupon sedikit. Kadang2 makan kuih2, kadang2 makan buah..dan saya berhajat untuk amalkan makan kurma jugak malam2 sebelum tidur. Solat terawih adalah senaman yang baik untuk ibu mengandung tau=)

Kelima : Makan kurma. Kurma terlalu banyak khasiatnya yang saya rase tak perlula saya jelaskan di sini. Saya harap kurma dapat membantu saya membekalkan banyak nutrien untuk baby saya.

Saya sebenarnya sangat risau pasal pemakanan ni. sebab mengikut last check-up saya,20 julai yg lalu, berat saya cume naik 1kg. masa tu kalo tak silap, kandungan saya dah mencecah 20weeks. Menurut Dr, saya kurang makan. berat baby pon kurang..saya kene makan lebih..makan makanan yang berprotein tinggi..honestly, kadang2 saya memang malas nak makan. tak macam ibu2 mengandung yang lain yang selalu berselera..Saya cuma akan makan kalau terasa lapar dan tibe2 mcm xtau camne nak makan dengan kerap…huhu..Bile masuk bulan ramadhan ni, maknanya saya kene lebih peka pasal pemakanan saya..harap2 baby sihat ye..malam nanti kita makan banyak2…

Nway, selamat berpuasa semua~

Advertisements

6 thoughts on “~PuAsE…~

  1. en_me berkata:

    salam ramadhan n selamat berpuasa akak F ittewwww..

  2. aishah berkata:

    bestnya… saya suka la baca catatan mummy to be nih…
    take care okay 🙂
    pastikan selalu ceria… (selain sentiasa kenyang dan bertenaga) 😀

  3. ahmadyusrie berkata:

    salam ramadhan…lain benar bunyinye bila bersahur sebagai seorang bakal ibu ni yerk..hehe
    semoga cik F dan bayi kekal sihat selalu dalam mengharungi ibadah puasa ni..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s