~TiPs uNtUk PeRgI VaCaTiOn wItHoUt ToUrIsT GuIdE..~

last month saya pergi vacation bersama en.suami..pada mulanya, kami fikir utk tangguhkan disebabkan kos utk ambil pakej,agak mahal jugak…tapi disebabkan sy rase nak jugak pergi sbb dah lame tak pergi vacation, jadi saya start survey tempat tersebut..semuanya berlaku 3bulan lebihawal  sebelom waktu kejadian ye~pertama, saya survey pakej pelancongan..saya memilih utk tempat sejuk dan en.suami memilih utk snorkeling..destinasi: Sabah..jalan2 di Kundasang n Pulau Manukan..harga dalam pakej, dalam RM900~RM1K untuk seorang, tidak termasuk flight tiket.. kalau book tiket penerbangan awal, mungkin dlm dlm sekitar rm500 untuk pergi dan balik, dua org..dicampur dengan kos membeli belah,mungkin semua perbelanjaan akan lebih RM3K…

jadi, saya start survey untuk travel sendiri dengan destinasi yg lebih kurang same dgn pakej..

Tiket flight~
saya mula survey tiket flight..macam saya katekan tadi, jika kita tempah lebih awal melalui Air Asia, kita mungkin akan dapat harga kurang RM500 untuk dua org, dua hala perjalanan…

 

Hotel~
saya check internet, harga untuk hotel yang same dlm pakej..sbb sy pasti, kalau yg tersedia dlm pakej,mesti perkhidmatannya terbaik=)..di Kundasang, saya memilih Celyn Resort,harga: RM154/sehari..di KK,kami survey hotel yg lain dr pakej..kami pilih KK Times Square, RM 145/sehari..pastikan, dlm belanjawan kita masukkan sekali tax..mase mula2 dlu saya tak tau ada tax, tapi bile nak check in,baru tau harga tidak termasuk tax..huhu…tax mungkin dlm 5%..saya x igt,mungkin kot…jadi semuanya dlm ~RM500 kami peruntukan untuk penginapan

 

Tempat yang ingin dilawati dan perjalanan yang bakal dilalui~
Kundasang, Kota Kinabalu n Manukan Island..search di google map untuk mengatahui jarak perjalanan dari satu tempat, ke satu tempat.. search juga utk review dari pelancong2 yang pernah pergi ke sana. atau, boleh ke tourism sabah website untuk mengetahui tempat2 lain yang boleh dilawati…kemudian, pilih tempat yang berbaloi untuk kita lawati dengan masa dan jarak perjalanan..disebabkan travel sendiri, buat research sikit untuk perjalanan  yang bakal kita lalui.perjalanan dari KK ke kundasang akan memakan masa dalam 2jam lebih..dari review orang yang pernah ke sana, ramai yang kata dalam perjalanan, mungkin kita akan berdepan kesukaran utk mencari makanan dan restoran halal..jadi, isi perut dlu sebelom mulakan perjalanan..disebabkan resort yang kami pilih terletak di atas bukit, jadi kenderaan yang perlu kami sewa haruslah bersesuaian dengan keadaan muka bumi..
disebabkan kami berpandukan review dari orang ramai dan pakej pelancongan yg ada, kami memilih beberapa tempat yang ingin kami lawati..senaraikan tempat yang ingin dilawati..dan masukkan dalam budget, tiket masuk untuk setiap tempat yang ingin dilawati (ini satu2nye perkara yang tak termasuk dlm budget kami pada waktu itu…huhu)..kebanyakan tempat kebudayaan seperti Monsopiad Culture Village, mengenakan yuran masuk yg agak mahal..dan yang paling utama, cari ape tarikan yang paling menarik di sabah yang wajib dicuba..yeaahh…kami wajib makan seafood di sana..=)
Beli map…walaupon kita ada GPS, sila bawa mapbersama anda and match kan tempat..kerana kdg2 google map membawa kita ntah ke mana2…yeaahh..serius ni,sbb itu pengalaman kami..nasib baik ada kawan2 utk dirujuk=)

 

Transportation~
selepas membuat review untuk jarak perjalanan dan apa yang bakal dilalui, it is a time to choose kereta sewa or public transport.survey harga dan sesuaikan dengan budget anda=) disebabkan kami cume berdua yang sangat berjimat orangnye, kami memilih viva elite..wpon hanya 1.0,alhamdulillah..selamat sampai di resort yg perjalanannya sgt mcabar..cara untuk dapatkan kereta sewa??pertama sekali, search di internet untuk perkhidmatan kereta sewa dan survey harga. kedua, pastikan website yang kita lawati itu betul2 wujud perkhidmatannya..untuk mengelakkan kejadian yang tidak diingini, anda boleh search di sabah tourism website untuk kenderaan sewa.then, contact and deal dengan mereka..masukkan sekali budget utk fuel.RM350 utk sewa kereta n fuel utk 3 hari.

 

Makan n Shopping~
akhir sekali, masukkan juga perbelanjaan untuk makan n shopping..makan di sabah sangat berpatutan..kami berkesempatan makan seafud di philifino market..sangat best, murah dan berbaloi…
Jadi,perbelanjaan semuanya lebih kurang rm2k utk menikmati keindahan dan kesejukan kundasang, melawat ladang teh sabah,berjalan2 di kinabalu park,tengok2 tamparuli bridge, makan seafood di Filipino market,snorkeling di Manukan, jalan2 di tanjung Aru beach,membeli belah di pasar seni, education tour di UMS(hahaha..ade ke honeymoon melawat university) and dating di 1Borneo…jadi kami jimat dlm rm1k untuk semua ini…tak salah kan berjimat untuk pergi bercuti??
next time saya plan nak pegi lagi, nak buat water rafting n melawat tempat2 kebudayaan plak=)and bawa balik lobster yg banyak…heh

Bagi saya, tak salah kita berjimat untuk bercuti..jadi,plan percutian anda..byk benda yang boleh dijimatkan, dan byk perkara yang kita boleh buat…dan yang penting, berbincanglah bersama kerana ini percutian bersama=)n sila bawa tripod skali supaya anda mudah utk sesi photography bersame…heh

Advertisements

One thought on “~TiPs uNtUk PeRgI VaCaTiOn wItHoUt ToUrIsT GuIdE..~

  1. zuriaf berkata:

    wahh…honeymoon..upload la sket gambar² kat sana yang cun cun..

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s