…~MiNgGu YaNg AjAiB~…

Selepas beberapa ketika saya tidak menulis sebarang entry, now I’m back~
Thanx kepada insan2 yang selalu menjenguk blog saya..trima kaseh ribu2 lemon~
Weekend kali ini saya rase free..yeah…free kerana bebanan yg saye rase agak berkurangan..
Minggu ini adalah minggu penuh emosi yang bercampur baur.

1~Perasaan yang sedih dan susah hati mata sangat kerana Final Year Project saya.
Komponen elektronik yang saya beli terlalu kecik dan saya pun xtau bagaimana cara untuk solder. Dan saya dinasihatkan untuk menukar komponen.Tukar Komponen lagi???untuk kali keempat~ Dan cube memahami datasheet component yg slalunye mengambil masa..arrghh…tensen2. dan demo projek ada lagi sebulan….Then malam tu saya menangis,n saya dah lame xmenangis seteruk itu. Saya rasakan banyak benda yang saya lakukan selalu tak kena untuk projek tu. Dan sehinggalah seorang teman suggest untuk gune software Protel untuk lukis litar n print atas PCB (minta maaf kerana mgunakan sedikit bahasa teknikal~) Yeah…belajar benda baru lagi yang saya xpernah tau..gune PSpice pun x terkial2, nak gune Protel…huhu.. Supervisor saya yang comel itu kate….”it’s gud for u…” Memang ditakdirkan untuk projek kali ini, saya akan belajar banyak benda baru.. Ambil saja secara positif dan belajar dengan gumbira ( saya cube berfikiran +ve)

2~The day after saya menangis dengan teruknye, saya telah menerima banyak berita yang menggembirakan. Seperti yang saya pernah katakan, saya telah menjadi unit penajaan untuk Pesta Konvokesyen. CIMB call dan telah menyatakan dengan berbesar hatinya bahawa mereka bersetuju untuk menaja sebanyak RM 15K. dan juga beberapa sponsor lain bernilai RM 10K. Dan sehingga hari Jumaat, saya telah berjaya mendapatkan PROTON sebagai kenderaan rasmi. Semuanya dalam seminggu..Minggu yang AJAIB..Akhirnye, perkara yang saya risaukan berlalu jua wpun sedikit dan walaupun sebenarnye tidak mencapai target kerana saya mharapkan akan mendapat RM55K.hmm… lebih baik dapat dari xdapat langsung…alhamdulillah~ rupanye bukan senang nak cari sponsor…

Emosi yang bercampur baur sepanjang minggu…sedih + menangis + gembira + senang hati~ saya harap saya masih waras… Moralnye~Bersusah susah dahulu, bersenang senang kemudian.. Penantian itu satu penyiksaan.. Sabar itu sebahagian dari iman… Jadilah insan yang bersyukur… Tuhan menguji hamba2Nya yang dikasihi…sekian~

Advertisements

16 thoughts on “…~MiNgGu YaNg AjAiB~…

  1. cikf=) berkata:

    err…NAZA baru call…die pun berminat untuk kenderaan rasmi..huhu~

  2. no.sher.ta berkata:

    alhamdulillah.. tahniah atas kejayaan anda mengharungi minggu yang sedih/duka/getir/pilu itu.
    lega rasanya kan? alaa ujian je tu.. ok?
    senyum sket!! haa kan ke comel tu..
    hehehe

  3. cikf=) berkata:

    no.sher.ta : yeah…lega sangat..wpun pahit, saya nak jgak senyum mnunjukkan sy gumbira kerana dapat penajaan…heh..
    btw, sy kene bersusah2 untuk PSM plak~

  4. zuriaf berkata:

    tahniah bosh… 😀

  5. Mr Ah Fa berkata:

    Perrgh, baca post ni macam tgk movie…Berdebar-debar. Anyway, tahniah ye cikF 😀

  6. cikF=) berkata:

    zuriaf :mm bagus la awak dah balik…jgn g outstation lagi…sy nak buli awak~

    Mr Ah Fa : trimas Mr Ah Fa=)..tp muvi yg ni xde ending lagi..harap2 sumenye ok~

  7. AzamHassan berkata:

    bgusla….awk jgn sedih2 lg ye =)

  8. cikf=) berkata:

    Azam :err..baik~

  9. en_me berkata:

    gud luck cik fauzani yg jeliter itteww..
    salam weekends..

  10. anakkawi berkata:

    jangan putus asa,
    kuatkn semangat!!!

  11. adielflitzow berkata:

    Lagu ni untuk cik f =). dulu kalau tensen dan down tahap bunuh diri…suker dengar lagu ni wat muhasabah.
    Inteam+Nazri Raihan

    KESENANGAN YANG DATANG
    TAK AKAN SELAMANYA
    BEGITULAH SELEPAS SUSAH ADA KESENANGAN

    SEPERTI SELEPAS MALAM
    DATANGNYA SIANG
    OLEH ITU WAKTU SENANG
    JANGAN LUPA DARATAN

    GUNAKAN KESEMPATAN UNTUK KEBAIKAN
    SEBELUM SEGALANYA TERLEPAS DARI GENGGAMAN
    KELAK MENYESAL NANTI TAK BERKESUDAHAN
    APA GUNA SESALAN HANYA MENEKAN JIWA

    JANGAN DIFIKIR DERITA AKAN BERPANJANGAN
    KELAK AKAN MEMBAWA PUTUS ASA PADA TUHAN
    INGATLAH BIASANYA KABUS TAK BERPANJANGAN
    SETELAH KABUS BERLALU PASTI CERAH KEMBALI

    UJIAN ADALAH TARBIAH DARI ALLAH
    APAKAH KITAKAN SABAR ATAUPUN SEBALIKNYA
    KESENANGAN YANG DATANG SELEPAS KESUSAHAN
    SEMUANYA ADALAH NIKMAT DARI TUHAN

  12. cikf=) berkata:

    en_me : ye en_me,thanx a lot~

    anakkawi :terima kaseh jgak…=)

    adiel: thanx a lot…dah lame sgt xdengar lagu ni..huhu

  13. ahib0205 berkata:

    eh PSM wat tajuk apa? hehehe

  14. nUUr berkata:

    sbr2…dugaan sorg student..biasela…gudluck,moga2 kamo dapt capai target sponser kamo,,mmg carik sponser sgt susah.huhuh

  15. cikF=) berkata:

    ahib : mm…saye buat pasal Wireless Sensor Node..=)

    nUUr :thanx sgt2~..slamat bkenalan=)

  16. hairieusoff berkata:

    boleh jadi org marketing ni

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s