PiLiHaNrAyE AkAn DaTaNg….

Menjelang pilihanraya yang bakal berlaku pada 8 Mac, pada pemerhatian saya setakat ini sudah terpampang banyak entry2 berkaitan politik. Maka bermulalah bermacam2 perang propaganda antara parti2 politik. Samada kita suka atau tidak untuk membaca, itu pilihan kita. Sama juga untuk kita percaya atau tidak.

Politik bukan sesuatu yang kotor. Tetapi telah dicemari oleh golongan masa kini. Bagaimana politik yang bersih? Saya pun tidak tahu. Medan politik bagaikan satu medan perang di mana pengaruh menjadi penentu kemenangan. Kita sebagai rakyat biase akan menjadi orang yang terpengaruh. Biarlah kite terpengaruh dengan perkara2 positif yang menguntungkan untuk 4 tahun berikutnya dan seterusnya, bukan menguntungkan dalam mase terdekat sahaja.

Mase kat sekolah dulu, cikgu sejarah saya ade berkata..antara calon melayu dan bangsa lain, sayangilah bangsa sendiri. Antara dua calon bangsa sendiri, pilihlah yang terbaik. Persoalannya..orang mengundi berdasarkan parti politik atau individu??tiada jawapan dari saya sebab saya tidak pernah mengundi. Hanya pemerhati bebas yang kurang matang dalam bidang politik.

Walaupun saya pernah terlibat dengan politik kampus, tetapi politik bukan kegemaran utama saya. Pilihan terletak di tangan kita. Kepimpinan Negara juga di tangan kita. Kita orang yang memilih. Jangan jadikan diri anda mangsa yang terpengaruh dengan janji2 palsu=)

Advertisements

10 thoughts on “PiLiHaNrAyE AkAn DaTaNg….

  1. zool berkata:

    Tidak mengundi?? Masih tak cukup umur ker??

  2. Mr Ah Fa berkata:

    Sejarah pembentukan Malaysia buat saya bersyukur dengan apa yang saya miliki sekarang. Lega rasa hati dilahirkan di sini buat saya yakin dengan pilihan saya 😀

    Semoga kemakmuran yang kita kecapi ini disyukuri 😀

  3. cikf=) berkata:

    zool :baru cukup umur nak mengundi…hehe

    Mr Ah Fa :proud to be malaysian=)

  4. KNizam berkata:

    saya benci dengan suasana hampeh masa berkempen. hahahaah 🙂

  5. AzamHassan berkata:

    sy suka tgk mana2 suratkabar dlm tempoh mcm ni..sumanya yg baik2 blaka, ahahahaha~

  6. AzamHassan berkata:

    sy suka tgk mana2 suratkabar dlm tempoh mcm ni..sumanya yg baik2 blaka, ahahahaha~

  7. cikf=) berkata:

    Knizam : nak buat camne…kite tiada pilihan

    Azam :a’ah…nak mintak apepun, dapat je…=)

    iXora : owh..kejap lagi sy buat ek..thanx nway

  8. anakkawi berkata:

    jangan biarkan mereka2 yang angkuh itu bermaharaja lela… xkesah la dr parti mana pon, er… undi anda adalah rahsia, hikhik…. jom g merasai pengalaman pertama mengundi, ahaha… then bwk blk inai di jari telunjuk itu, hikhik…

  9. topan berkata:

    jgn undi rosak sudeh

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s