SeSuAtU YaNg MeMaTanGkAn…

Dulu mase kecik2, saya selalu rase, kalo orang tu dh umur 21++, mesti org tu dah matang, dah tau masak, kemas2 rumah, buat kuih n kek, layan2 tetamu yang datang umah..erk..tahun ni saya akan masuk umur 23 tahun. Tapi saya rase macam biase je, tiade kepakaran yang mengatakan saya ni seorang yang matang…erk…tau masak sket2 tapi kurang expert sbb selalu kene buka buku resipi, kemas umah sket2 sbb selalu mum dh buat sumenye, err…xtau buat kuih..hahaha..hanya tau menjahit baju kurung tapi masih amatur..waaahh..kalo saya hidup pada zaman 20 tahun yang lalu, mesti xde sape nak bermenantukan saye…errkk..

Bagi saya, sesuatu yang tak kita sangka, yang terpaksa, terdesak, akan menjadikan kita matang. Matang dari segi pemikiran, peradaban, kebolehan..(err..ade ke kebolehan yg matang???) Bila kita membuat kesilapan dan kite tersedar keadaan tersebut n cuba memperbetulkan, ia akan membantu kita menjadi seorang yang lebih matang. Berkawan dengan ramai orang dan mengenali dan juga mengadaptasi dengan sesuatu yang baru juga akan menjadikan kita matang. Menjalani kehidupan yang mencabar memang mematangkan.

Tetapi kadang2, menjadi matang juga merupakan sesuatu yang memenatkan. Oleh itu, saya fikir kita tidak akan matang dalam semua perkara/hal. Mungkin anda seorang professional, tapi masih gemar ke Toys R Us untuk membeli collected item yang seterusnya. Mungkin anda seorang bapa yang baik tetapi masih lagi gemar dengan anime/komik/PS2. Mungkin anda seorang pelajar yang bijak, tetapi suke berkelakuan sesuatu yang kurang matang. Err…mungkin saya pelajar yang baik, tapi kurang ‘pakar’ membuat kerja2 rumah..errk..tapi saya pun hairan, kenapa ek orang slalu kate kalo bace comic/tgk anime/collected item toys/games sesuatu yg kurang matang??hmmm..

Kesimpulannya, berusahalah menjadi seorang yang matang. Jadikan ‘ketidakmatangan’ anda sesuatu yang tidak menyusahkan/menjelikkan. Dan yg paling saya rasekan sangat penting adalah matang dari segi emosi..

Advertisements

15 thoughts on “SeSuAtU YaNg MeMaTanGkAn…

  1. cikf=) berkata:

    saya dah layak mengundi tuk next election…
    ni maksudnye sy dh besar…haha

  2. AzamHassan berkata:

    sy dah leh berfikir utk msa dpan..sy rsa sy dah mtang gak~

  3. ixora berkata:

    0oo0o00oo.. nk habaq kata buleh mengundi dah.. paham..paham.. 😉 ekeke.

  4. cikf=) berkata:

    azam : err…awak dh merancang untuk berkahwin ker???hihi

    iXora : yeah…saya akan mengalami pengalaman pergi mengundi=)

  5. Mr Ah Fa berkata:

    Kematangan adalah isu yang besar bagi ramai orang, dah ditakdirkan kematangan fikiran lelaki tak secepat perempuan, sebab tanggungjawab lelaki datangnya lambat berbanding perempuan.

    Uhm, bermula perubahan adalah dengan mengenali diri. Bila kita sedar diri di tahap mana, baru kita akan boleh maju/bertambah kematangannya.

    Heheheh, hari ini lebih baik dari semalam, hari esok lebih baik dari hari ni, bak kata Saidina Ali yang bijak pandai itu 😀

  6. HE berkata:

    alamak…mcm kana ni…sa selalu fikir suapaya say tidak matang…mcm nak jadi sweet 17 je…camne tu… (17 tapi lepas SPM week ye…)

  7. cikf=) berkata:

    Mr Ah Fa : yeah…lelaki agal lambat matang tetapi diseimbangkan dengan akal yang panjang berbanding kaum hawa=)

    HE :hihi…kadang2 saye pun fikir mcm tu..tp disbbkan bdk kecik slalu xbleh buat mcm2 pkara, saye t’ingin nak besar cpat2…

  8. AzamHassan berkata:

    uik..kawin tu byond xpectition..at least sy leh mrancang bla nk wat asemen2 yg ada, ckup la…^^

  9. anakkawi berkata:

    kematangan tahap tertinggi adalah matang hati, jiwa serta perasaan..
    tapi jangan memaksa hobi dan minat kita menjadi matang,
    kerna hobi itulah yang akan menjadikan kita sentiasa waras..
    ahahah…..

  10. en_me berkata:

    me sawo matang jak.. wakaka

  11. cikf=) berkata:

    Azam : hehe…ok…

    anakKawi : hehe…memakse hobi utk jadi matang…

    en_me : hihi…

  12. hiten_mitsurugi berkata:

    itu yang aku tension, kenapa anime, vid game, toy r us yang menjadi kayu ukur kpd kematangan.. Pas kahwin aku maybe still nak main game n tengok manga gak.. bleh tak..

    Argh!! aku masih 23, bukan 24!!!

  13. topan berkata:

    matang bukan sahaja dari segi perlakuan,
    tapi turut merangkumi perasaan,emosi dan pemikiran
    huhu
    mcm buat karangan BM dlu jek
    kihkih

  14. hiten_mitsurugi berkata:

    Gulrp!!

  15. cikf=) berkata:

    hiten :berpijakla di bumi y nyata…encik dah tua…hihi

    taufik:mak aii…gune bahasa aras tinggi ek..hehe

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s