MeMiLiH…TeRPiLiH…PiLiHaN..

Memilih : dalam kehidupan kita, memang wujud satu keadaan di mana kita akan menjadi seorang yang memilih.. kadang2 keadaan yang terlalu memilih (cerewet) menjadikan kita tidak berpuas hati dengan apa yang ada.. Dalam situasi ini, kita harus bersedia menerima apa yang ada..Kita mungkin memilih dengan siapa untuk kita berkawan..bagi saya, teman untuk berbicara hati ke hati n gelak tawa bersama agak sukar dicari n memerlukan masa yg lama.. jika kita selalu bersama seseorang itu di sini, tidak semestinya kita akan bersamanya di tempat yang lain, tidak semestinya kita memahami semuanya tentang dia..

Terpilih : terpilih menjadi seorang tokoh? terpilih sebagai peserta sebuah pertandingan? Insan terpilih ? setiap insan akan menjadi seorang yang terpilih. Cuma waktu, tempat dan situasi yang membezakan..Jangan kecewa jika tidak terpilih ketika ini, anda mungkin terpilih masa akan datang dalam keadaan yang pasti berbeza..mungkin lebih baik..

Pilihan : Saya suka dengan pilihan, walaupun kadangkala saya sukar untuk membuat pilihan. Keadaan yang paling sukar apabila kita ade dua pilihan yang mungkin kedua2nya kita suka, atau kedua2nya bukan pilihan kita.Kadangkala saya tidak suka keadaan yang memaksa, kerana ia menjadikan saya tiada pilihan. kadangkala saya suka keadaan tersebut, kerana ia menjadikan kita lebih kuat, independant..menjadikan kita bersedia dengan apa jua keadaan. Kita perlu memberi ruang kepada orang lain untuk memberi pilihan, kerana membuat pilihan akan menjadikan seseorang berfikir tentang kebaikan, keburukan.. kerana kita bertanggungjawab dalam setiap pilihan yang kita lakukan.

Jadilah insan yang memilih apa yang terbaik dalam pada yang sama jadilah insan yang bersifat terbuka. Kita adalah insan yang terpilih dalan hidup seseorang walaupun bukan terpilih untuk menjadi pilihan semua orang. Berilah ruang kepada insan2 tersayang seperti anak2, rakan2 dalam mebuat pilihan, kerana pengalaman memilih menjadikan seseorang lebih berdikari, lebih bertanggungjawab.. Bantulah insan2 tersayang membuat pilihan yang terbaik..

Advertisements

18 thoughts on “MeMiLiH…TeRPiLiH…PiLiHaN..

  1. fadh berkata:

    haku suka jadik insan terpilih. cam kool je ayat die. hahaha..
    (pada hal aku ni hampeh je tahap cipan)

  2. en_me berkata:

    jgn tersalah pilih..

    salam ari cuti arini utk kuala lumpur dan yg sewaktu dgnnyer..

  3. cikf=) berkata:

    en.fadh : er..memang cool..rase bertuah je…hehe..

    en_me : buat pilihan yg bijak=)

  4. ImamKhalid berkata:

    cikf tertinggal dua perkara, yang pertama merupakan yang terpenting, iaitu kata akar, PILIH.

    Pilih memberi makna satu ayat perintah. Bila menyuruh, kita akan guna perkataan “PILIH!”. Contoh, “PILIH, aku atau dia,” atau “PILIH, biru atau hijau” atau “PILIH, keris atau bulan”… erk! (lain macam pulak bunyi ayat ni) Kemudian barulah kita boleh mula MEMILIH… Dalam melakukan proses memilih, ada laa beberapa PILIHAN… Last skali, yang kita nak tuu lah merupakan yang TERPILIH….

    Yang kedua, PEMILIH. Kalau kita nak mengundi, kita mesti daftar sebagai PEMILIH. Sesiapa yang tidak berdaftar, tak moleh MEMILIH. PEMILIH yang berdaftar boleh membuat PILIHAN. Bila calon yang kita nak tu orang lain pun naik, maka jadilah calon tersebut sebagai TERPILIH.

    Kesimpulannya, sesiapa yang belum daftar sebagai pemilih, silalah pergi mendaftar.. 😛

  5. zuriaf berkata:

    saya takde pilihan sebab tak suka memilih kerana saya bukan orang yang terpililh..hehe 😀

  6. Palie berkata:

    pilih.. pilih.. jgn x pilih… hehehe..

  7. cikf=) berkata:

    ImamKhalid :err..perkataan pilih mase tu x terlintas dalam fikiran..huhu..nway,thanx=)

    Zuriaf : awak telah memilih untuk tidak mahu menggantikan saye g meeting..huhu

    Palie :hehe…pilih ape???ikan di laut…hihi

  8. ixora berkata:

    blur jap baca entri ni.. huhu

  9. cikf=) berkata:

    ixora : err..kenape blur???huhu…nnt bace pakai spek ek,clear sket..heh..just joke=)

  10. ixora berkata:

    hahah.. ur last sentence tu buat sy terpinga-pinga skit.. rasa mcm awk dedicate kt somebody je entri ni. ehehe. (takde kaitan lgsung,kan?) 😀

  11. Mr Ah Fa berkata:

    Uhm, best sungguh entri ni CikF, tambah lagi apa yang kita buat, apa yang kita capai, segala baik buruk tu ada hikmahnya.

    Semoga dengan apa yang kita pilih dipandu oleh-Nya.

    Terima kasih sebab sudi datang majlis kahwin Mr Ah Fa, terharu rasanya bila jenguk pada kad tu ada nama CikF yang memberikan ucapan bersama Partnernya a.k.a Soul Mate CikF.

    Semoga sukses semuanya CikF, ingat,
    semua yang berlaku pasti ada hikmah, sebab dan pengajaran yang Allah sorokkan supaya kita berfikir.

    Salam terima kasih dari Mr Ah Fa dan Puan Dy yang feeeew wiitt ittew 🙂

  12. cikf=) berkata:

    ixora : err…xla..sy buat entry ini b’ikutan ada org kate sy memilih..hehe..
    pastu…sy tujukan kepada teman2 yg masih hidup n pilihannye ditentukan oleh ibubapa..huhuhu..n kite harus diberi pilihan utk memilih..huhu..poyo jer ayat sy=)

    Mr Ah Fa : err…sorila xsempat jumpe Mr Ah Fa n wife yg feeewit itu..sy rushing..mase sy sampai Mr Ah Fa sedang b’arak..so,sy tau la Mr Ah Fa x kene tol banyak2..hehe..cousin sy kene 3 kali tol tau..hehe
    nway, selamat pengantin baru..

  13. ImamKhalid berkata:

    cikF=), jom tukar link… 🙂

  14. cikf=) berkata:

    ImamKhalid : err…camne nak tukar link??huhu..sy rabun IT sket..huhu

  15. zuriaf berkata:

    yeah..memilih untuk tidak menggantikan awak juga adalah satu pilihan… hehe 😀

  16. ImamKhalid berkata:

    Saya dah add awak dalam blogroll saya. Jadi kalau tak keberatan, letaklah Soleh.Net kat blogroll cikf=) 😛

  17. anakkawi berkata:

    kita semua mempunyai pilihan, tapi sebelum memilih, diingatkan perlulah menjadi yang terpilih… supaya pilihan yang kita buat tu sentiasa tepat sepanjang masa…. 🙂

  18. cikf=) berkata:

    zuriaf : yeah..idup ini sentiase ada pilihan..kdg2 tiada pilihan..huhu

    ImamKhalid : okes…sy dh letak kat blog roll

    anakkawi: semua orang mampu memilih n membuat pilihan.ttapi org2 tpilih saje y mampu mbuat pilihan y bijak=)

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s