ReMaJa & SeKs…

LAPORAN Kesihatan Seksual dan Reproduktif Remaja 2003, yang dijalankan oleh Lembaga Penduduk dan Pembangunan Keluarga Negara menunjukkan 27 peratus remaja di negara ini mengadakan hubungan seksual tanpa nikah. Remaja lelaki pula mencari pelacur untuk mendapatkan pengalaman seks pertama dan remaja seawal usia sembilan tahun sudah mengadakan hubungan seks.

Sebanyak 57.7 peratus mangsa jenayah seksual pula, iaitu mereka yang berusia bawah 16 tahun kerana jahil seks. Melalui pengalaman Pakar Obstetrik dan Ginekologi (O&G) Hospital Universiti Kebangsaan Malaysia (HUKM), Dr Harlina Halizah Siraj, ibu termuda pernah melahirkan bayi di HUKM ialah kanak-kanak berusia 11 tahun, manakala bapanya hanya berusia 13 tahun.

 

“Setiap tahun di seluruh dunia, kira-kira sejuta bayi dilahirkan oleh ibu berusia 15 hingga 19 tahun. Akibatnya, mereka keciciran sekolah dan tidak mendapat peluang pekerjaan yang baik. Seorang hingga 4.4 juta remaja menjalani pengguguran, manakala seorang hingga 20 remaja dijangkiti HIV atau penyakit kelamin,” katanya.

 

“Secara global, kira-kira 14 juta remaja hamil tidak dirancang dan terbabit dengan pengguguran haram termasuk di negara ini. Remaja ini juga terbabit dengan masalah kesihatan seperti mengalami kerosakan peranakan, kematian, jangkitan penyakit seksual. Peranakan rosak akibat jangkitan menyebabkan mereka sukar hamil pada masa depan. Walaupun di negara ini tiada data tepat mengenai kehamilan luar nikah tetapi dari segi pengalaman saya, jumlah ini semakin meningkat. Misalnya, di Hospital Alor Star saja, ada 445 remaja bawah umur 20 tahun hamil tanpa nikah dalam setahun,” katanya.

 

Kata Dr Norzilawati, remaja ini biasanya mempunyai latar belakang keluarga bermasalah, miskin, tidak berpendidikan atau tidak berpengetahuan seks dan tidak memahami risiko jangkitan penyakit kelamin. Hamil di bawah usia 18 tahun juga mendedahkan remaja kepada berlaku kehamilan bermasalah seperti darah tinggi yang boleh menyebabkan sawan dan kematian, anaemia (pucat), kelahiran bayi kurang berat badan, kelahiran bayi tidak cukup bulan dan kadar kematian bayi yang tinggi. Remaja hamil juga tidak mendapatkan pemeriksaan kesihatan kerana malu mendedahkan mereka dengan risiko ini.

 

“Kesimpulannya pendidikan seks wajar diberikan dari awal untuk mencegah remaja terjebak dengan kehamilan atau risiko lain. Kajian mendapati kanak-kanak yang ibu bapanya sering memberikan maklumat mengenai pendidikan seks mendorong mereka menangguhkan keinginan melakukan hubungan seks,” katanya.

 

Perunding O&G, Dr Kamaljit Kaur, berkata di seluruh dunia, 50 juta kehamilan digugurkan setiap tahun, manakala separuh atau 25 juta lagi dilakukan secara haram dan tidak selamat. Lebih 80,000 wanita mati akibat komplikasi yang kebanyakannya ialah remaja.

“Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) melaporkan 55,000 pengguguran dilakukan setiap hari dan 95 peratus daripadanya berlaku di negara membangun. Lebih 60 peratus remaja tidak berkahwin melakukan pengguguran. Di Malaysia, kita tidak tahu angka sebenar. Kebanyakan kes pengguguran di negara ini dilakukan sebab kesihatan berkaitan masalah kesihatan ibu, bayi, mangsa rogol dan sumbang mahram. Alasan lain menggugurkan kandungan ialah tidak mampu menanggung bayi, belum bersedia, bimbang bayi mengubah gaya hidup dan masalah lain,” katanya.

Katanya, 42 peratus bayi perempuan digugurkan berbanding 25 peratus bayi lelaki. Kira-kira 40 peratus remaja menggugurkan kandungan lebih daripada sekali.

FAKTA YANG PERLU DIKETAHUI REMAJA

– Hubungan seks mendedahkan remaja kepada penyakit kelamin (STD)

– 80 peratus mereka yang mengidap STD tidak tahu mereka sudah dijangkiti

– 63 peratus daripada 12 juta pesakit baru STD setiap tahun adalah remaja berusia bawah 25 tahun

– Kehamilan remaja (bawah 15 tahun) mendedahkan risiko kematian dua setengah kali ganda lebih tinggi berbanding ibu berusia 20-24 tahun.

– Bayi kepada ibu kurang 15 tahun-tiga kali ganda lebih tinggi menghadapi risiko kematian dalam 28 hari pertama selepas kelahiran.

– Kebanyakan ibu muda keciciran peluang untuk belajar dan mendapatkan pekerjaan yang baik.

– Pengguguran tidak selamat sama ada dilakukan oleh bukan pengamal perubatan terlatih atau menggunakan kaedah yang tidak saintifik boleh mengakibatkan komplikasi kematian, kehilangan darah, jangkitan kuman dan kecederaan pada organ pembiakan.

– Remaja perokok terdedah tiga kali lebih mungkin menggunakan alkohol, lapan kali lebih mungkin menggunakan ganja, 22 kali lebih mungkin menggunakan kokain dan lebih terdedah kepada amalan berisiko tinggi seperti pergaduhan dan seks rambang.

– Jane Roe (Norma McCorvey), yang pernah hamil tanpa kahwin pada usia 20 tahun dan berjaya memperjuangkan Akta Pengguguran pada 1973 kini menyesal kerana melakukan pengguguran. Beliau kini menentang pengguguran bayi.

sumber diedit dari : http://www.tranungkite.net/

p/s: pendidikan seks ada juga baiknya…remaja patut sedar, seks bukannya cinta..n cinta bukannya seks..berdoalah yang kita semua sedar dan terhindar dari perkara ini..insyaAllah..

Advertisements

Tinggalkan Jawapan

Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

WordPress.com Logo

Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

Twitter picture

Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

Facebook photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

Google+ photo

Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

Connecting to %s