which one better??

Ketawa dan menangis adalah sebahagian proses semula jadi yang dianugerahkan Allah kepada kita.
Walaupun sesetengah orang menganggap tangisan itu sebagai satu kelemahan, hakikatnya ia ada fungsi penting dalam kehidupan kita—>igt tu..

Ketawa dan menangis adalah dua elemen penting yang memberi manfaat kepada fizikal dan emosi setiap orang supaya boleh berfungsi dengan baik.Berbanding ketawa, menangis adalah proses lebih rumit. Air mata boleh dibahagikan kepada tiga jenis iaitu:

  • Air mata basal (untuk melembapkan mata).
  • Air mata refleks (dihasilkan apabila mata mengalami keradangan seperti apabila mengupas bawang atau terkena habuk).
  • Air mata emosi (dihasilkan apabila badan bertindak balas terhadap perubahan emosi).
  • Setiap jenis air mata ini mempunyai komposisi hormon dan bahan kimia berbeza. Saintis mendapati air mata emosi mengandungi paras logam mangan dan hormon prolaktin lebih tinggi.Apabila kita menangis, dua bahan ini diambil daripada badan dan dikeluarkan melalui air mata. Ia membantu meredakan perasaan. Ini sebabnya kita berasa lebih tenang selepas menangis.

    Apabila emosi berubah, sistem saraf bertindak balas dengan merangsang saraf kranial (saraf dari otak) dan menghantar isyarat kepada kelenjar air mata lakrimal (kelenjar air mata paling besar).Penyelidik percaya, kelenjar ini mengeluarkan jumlah air mata mengandungi bahan kimia dan hormon tertentu untuk menstabilkan semula perasaan seseorang apabila menghadapi tekanan emosi.
    Bagi wanita, tangisan dianggap perkara biasa tetapi bagi lelaki, ada yang menganggap ia sebagai satu tanda kelemahan. —>sungguh xpatut..isk..

    Sebenarnya, menangis bukan perkara memalukan atau lambang kelemahan.—>mm igt tu..

    Individu yang tidak menangis, terutama apabila mengalami tragedi seperti kematian atau putus cinta, sebenarnya lebih menderita secara fizikal kerana tidak dapat meluahkan keperitan yang dialami melalui tangisan.—>isk,kesian btul..
    Jika menangis boleh meredakan perasaan, ketawa pula dianggap sebagai ubat terbaik dalam merawat apa jua masalah.
    Pendapat ini ada benarnya kerana badan secara semula jadi berehat apabila kita ketawa.
    Diafragma, abdomen, saluran pernafasan, muka, kaki dan bahagian belakang badan secara tidak langsung ‘digerakkan’ serentak untuk bekerja.
    Pergerakan ini yang dianggap senaman untuk bahagian tengah badan sebenarnya turut membakar kalori. –>boleh kurus kot..heh
    Saintis mendapati, ketawa sebanyak 100 kali mempunyai manfaat sama dengan bersenam 10 hingga 15 minit. Ketawa membantu merangsang proses pemulihan dengan merendahkan tekanan darah dan melancarkan aliran darah.
    Apabila kita ketawa, badan menghasilkan sel-T iaitu sel darah putih dan sejenis protein yang penting dalam sistem pertahanan badan. Ketawa juga didapati boleh mengurangkan penghasilan hormon tekanan.

    Ketawa bukan saja boleh meredakan tekanan, tetapi menghilangkan rasa marah.—>xbestla kalo dh xjd marah..
    Antara manfaat ketawa yang lain ialah:

  • Merendahkan tekanan darah.
  • Merangsang mood.
  • Meningkatkan daya ketahanan badan.
  • Memperbaiki fungsi otak.
  • Melindungi jantung.
  • Merapatkan hubungan dengan orang lain.
  • Melegakan perasaan.
  • Membuatkan kita berasa selesa.
  • sumber telah diedit dr Harian Metro.. 

    p/s:ketawa n mnangis baik utk kesihatan…tp jgn ketawa byk2,nnt gelap hati..jgn juge ketawa bsendirian,nnt anda dianggap gile..heh

    Advertisements

    4 thoughts on “which one better??

    1. azam berkata:

      a simple comment 4 someone yg slalu diingati..awk ni bnyk2 blog karang susah lak nak update, huhu..

      or ni blog awk yg btul?

      even awk ada 10000 blog pn, sy ttp akan jnguk…

      take care k!

    2. cikf berkata:

      hehe..thanx azam…sy mmg suke mngarut je..heh

    3. halal udin berkata:

      boring2..
      xde gmbr aku ke??

    4. cik F=) berkata:

      buat ape aku simpan gambar ko???
      xde maknenye la..huhu

    Tinggalkan Jawapan

    Masukkan butiran anda dibawah atau klik ikon untuk log masuk akaun:

    WordPress.com Logo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun WordPress.com anda. Log Out / Tukar )

    Twitter picture

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Twitter anda. Log Out / Tukar )

    Facebook photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Facebook anda. Log Out / Tukar )

    Google+ photo

    Anda sedang menulis komen melalui akaun Google+ anda. Log Out / Tukar )

    Connecting to %s