Sticker for goodies bag yang super murah!!!

stiker~

sticker on goodies`

Next week adik n abang saya bakal melangsungkan perkahwinan.Alhamdulillah. Actually my bro dah nikah on 5rd Oct tempohari, dan majlis perkahwinan di pihak kami akan berjalan serentak dengan adik kami on 3rd November akan datang. Alhamdulillah, pihak keluarga kami xde pantang larang untuk meraikan pengantin yang lebih dari sepasang. Lagipon, kerja kahwin sangat2la memenatkan..lebih2 lagi kalau semua diuruskan sendiri. Maklumla…orang kampong, everything buat sendiri. even 2000 units of goodies bag pon pack sendiri tau~

Since, pengantin2 agak busy..saya selaku student yang kurang busy tolong design sticker untuk dilekatkan pada goodies bag. Bride n groom cartoon character credit to http://adlankhalidi.com/2011/wedding-design-project-bride-groom-cartoon-characters/, used with permission..hehe..n printing at https://www.facebook.com/MoreDreamResources?directed_target_id=0. Harga sangat2 affordable since diorang charge ikot square feet, RM6psf. after printing, for square sticker 4.9×2.4cm jatuh dalam 10sen/unit, and circle with 4.2cm diameter dalam 15sen. saya rasa sangat2 murah compare to others. Design urself, email them the design, confirm and bayar! mudah kan??hehe

Next, saya ada design for t-shirt kerja kahwin. berdebar nak tengok result!hehehe

Heart Attack~

My PhD supervisor sangat2 awesome. when she just deliver her third child, i declared to have separa honeymoon. maklumla, detik2 before Puan SV bersalin, banyak la list to do semata2 nak siapkan sementara dia available. it was so unexpected bila Puan SV bersalin awal sebulan. but no wonder la kan…dia sangat2 la aktif dan komited dengan kerja walaupon sarat mengandung. Alangkah indahnya mendengar perkabaran dia selamat bersalin dan saya sangat2 menarik nafas lega…untung boleh rehat 3bulan…buat kerja tanpa memikirkan deadline..boleh ambil nafas lebih sket…

But, the reality is not…hari pertama Puan SV berpantang, dia dah msg and email…and almost everyweek she keep email me. Puan Sv, tidak mahukan Puan SV berehat seketika dan melupakan hal2 kerja seketika…kadang2 macam nak heart attack kerana dunia saya dipenuhi dengan deadline…

harap2 dengan deadline yang banyak ni….dapatla saya siapkan PhD ni cepat2..mybrain support for 3years je…another 2years to go and saya baru prototyping stage..huhuhu..

Perkembangan Anak,Jangan Ambil Mudah~

Alhamdulillah, Fahri dah 18bulan sekarang. Cepat je kan masa berlalu…2~3minggu lepas, saya ada update kat FB. Fahri belum boleh bercakap. even a single word yang bermakna mcm ‘car’, ‘ayah’..kawan saya kate, sepatutnye on age 18mo, Fahri dah boleh buat ayat mcm ‘nak susu’..’nak makan..’..jadi, patut tak kalau saya risau??

Bila saya update kat FB, orang kata saya compare perkembangan Fahri dengan budak lain n underestimate Fahri. Salah ke saya sebagai Ibu ambil langkah berjaga2. Mengikut pakar, kadar perkembangan anak seharusnya sama tak kira lelaki atau perempuan. Kawan saya, seorang audiologi suggest utk buat hearing test, dan buat test utk perkembangan Fahri. Bila kita buat test, ia bukan bermaksud kita mengiyakan anak kita ada masalah. Kita cuma nak tahu tahap perkembangan anak kita. Kalau in track, Alhamdulillah…kalau tak, kita diagnose dan bantu secepat mungkin. Ye, saya ibu yang tak berapa muda lagi. Anak baru seorang, tiada pengalaman membesarkan anak. Tapi saya rasa, ‘risau’ itu adalah perkara yang wajar.

Hearing test dan speech therapy bukanlah kos yang murah. Jika dibuat di government hospital, pasti kene tunggu queue yang panjang dan lama (mungkin 2~3bulan). So, saya kene update dengan ejen insurans Fahri. Harap2 prudential cover for hearing test n speech therapy~

Harap2 semuanya ok…saya tau Fahri ok. N last week dia baru tau sebut 1 ayat yang bermakna..cak ba–> aaa’ aaaa…. hasil pergi vacation bersama sepupu2…since Dr kata nak buatkan referral letter, so as a parent, saya pon kene ambil tindakan sewajarnye~

3rd week Fahri at Taska~

minggu ni,masuk minggu ke tiga Fahri ke nursery. perasaan risau masih ada,lebih2 lagi last week Fahri kene gigit ngan kawan..Fahri,u’r so sweet..that’s why kene geget..huhu..kita try to protect our baby sebaik mungkin, tapi kalau nak terkene,nak buat macamane kan….tapi esoknye, Fahri nampak happy je ke sekolah…

Baru 3 minggu Fahri di Taska, banyak jugak benda yang berubah:

  1. Kalau dulu, antar je depan rumah, sekarang kene naik kereta hantar Fahri ke sekolah. Duk di kawasan rumah tinggi, kalau lift rosak,mmg haru jugak nk bawa beg n anak kecik. Sometimes, saya dapat rase susahnya kehidupan ibu tunggal (i’m not single mother..still a wife to ayah Fahri..hehe)..ye la,kadang2 bila saya keluar beli barang berdua dengan Fahri,nak tolak barang, tibe2 budak kecik tu nak dokong la..pastu,nak angkat barang2 naik ke rumah..huhu…mencabar!
  2. Fahri xnak susu dalam botol. Before this babysitter sudukan susu, sekarang cikgu xde mase nak layan sorang2. maklumla, ada ramai lagi anak orang lain yg perlukan perhatian. Ibu redha je. Nasib baik Fahri banyak minum air kosong. on the other side, pumping activity dihentikan serta merta..hihi..direct feeding after school je la~
  3. Fahri dah banyak makan. Mungkin sebagai ganti sbb dia xnak minum susu. Fahri dah mula makan buah.waaahh…impress ibu, sebelum ni siap pejam2 mata lagi.
  4. Since fahri xnak susu, n ibu risau dia demam..ye la, orang kata antar anak gi taska nnt selalu demam, so ibu dah start suap madu or air madu tiap2 bagi. and ditambah dengan multivitamin Appeton. Semoga Arif Fahri membesar dengan sihat.
  5. Tak sampai sebulan Fahri kat sana, tapi dia nampak happy and boleh adapt dengan new environment. Dah tak kesah kalo ibu tinggalkan dia kat taska,terus je main2. Alhamdulillah~

 

2nd April~

‘anak kene pukul’ adalah perkara yang paling saya xnak fikir. and it happened to me. sedih sangat rasanya.

the babysitter told me, dia tinggalkan my little Fahri n her 2years old daughter untuk mandi. dia dengar Fahri menangis,and bila dia keluar, anak dia tengah ketuk2 kepala Fahri dengan toy. Sesetengah orang mungkin rasa benda kecil,but not for me. Dahi Fahri lebam2 kanan n kiri. Kalau dikira,mungkin dekat 20 kesan lebam. I can’t imagine that situation.

Sedih sangat,macam hancur hati saya bila tengok lebam2. Dr. kata Fahri ok selagi dia tak muntah2 n hidung berdarah. Malam tu jugak survey nursery kat internet. Check kat website for registered day care. We choose Pusat Jagaan Kanak2 Nur Budi, Puchong Utama. Esok pagi2, datang terus nursery. dah tak sempat nak survey satu persatu. Day care tu as saya tengok semalam, tak ramai. Cikgu dia pon ramah. Harap2 Fahri ok. Today is 1st day for him.

Rasa sedih hantar Fahri pergi sekolah. Tapi lagi sedih tengok Fahri lebam2. Tanggungjawab kami to protect him. Harap2, this is the right decision. Aminn~

Catatan Penglipur Lara sang Majistret~

Imej

saya tertarik dengan buku ni dah lama. sejak sesi bedah buku di Nasi Lemak Kopi O, TV9 di mana penulisnya sendiri datang ke TV9 dan berkongsi pengalaman. Baru2 ni, baru berpeluang untuk membeli.

Saya sendiri menghabiskan kurang 2 jam untuk membaca buku ini.  Sangat menghiburkan. Kisah di mana penulis menceritakan kisahnya sebagai seorang majistret ketika 1st posting di kelantan. Sebagai ‘orang luar’, ia bukan sesuatu yang mudah untuk adapt dengan dialek di sana. Digarap dengan bahasa yang cukup sempoi dan menggeletek hati. Saya suka kesemua cerita yang ada, cuma cerita yang akhir sahaja yang agak membosankan,but still OK.

at the end of the book, the author said yang dia ditangkap dan ditahan di ISA. oo…rupanya2, Zabidi Mohamed ni adalah pengikut2 setia Al-Arqam suatu ketika dahulu dan pernah menulis beberapa buah buku termasuk ‘Al-Arqam..tersungkur di pintu syurga..’. Dan kini, beliau bergiat aktif dalam penulisan skrip dan drama.

Cerita pertama yang diulas dalam buku ni..ialah…pengalamannya melihat sendiri hukuman sebat dilakukan. OK. memang sangat2 ngeri, tapi olahan bahasa yang sempoi membuatkan cerita tersebut sgt kelakar. there are 3 persons will be punished on that day, Malay, Chinese n Indian because of kes rogol. Setiap orang dikenakan 6 kali sebatan. Diceritakan juga setiap process n procedure, how the pesalah react mase kene sebatan…the scenario of Penjara Pudu mase hukuman dijalankan…it’s like the hidden story untuk saya, lebih2 lagi saya memang tak berkesempatan melawat penjara pudu sewaktu diorg buka untuk sesi lawatan..huhu..patut diorg jadikan pejara Pudu tu muzium penjara la,n bg 1 pakej pengalaman 3hari 2malam di penjara pudu..menjalani kehidupan as banduan..mesti menarik.hahaha…ok, yang penjara Pudu ni,saya je yg merepek. Tapi betul, kesah yg diceritakan tu berlaku ketika di penjara Pudu.

Cerita seterusnya…better get the book yourself. Kalo MPH Online, you can get cheaper price… sebagai sessi release stress yang pendek tp ilmiah dan boleh ketawa guling2, i really recommend this book!!! kalo ada sambungan, confirm saya akan carik!!hehe

Not Easy~

Bukan mudah menjadi seorang isteri..dan lebih lagi jika ia menjadi seorang ibu. Benarlah kata2 kawan2 sebelum ini, kita akan jadi lebih menghargai ibu kita setelah kita sendiri menjadi ibu…

Sekarang saya full time student. Walaupon pukul 9 baru nak bertolak ke sekolah, seawal 6.15am ++ hingga masa untuk ke sekolah,bukannya masa bersenang lenang. Abes mandi n solat, siapkan breakfast fahri, ayah fahri. kemaskan bag fahri. mengejar si kecik untuk bagi breakfast. Pump susu. Kemas2 dapur. bersiap2..dalam 8.40~8.45am baru antar Fahri ke rumah babysitter. Itu pon termengah2..tak sempat nak kemas2 rumah pon.

Then,6.30pm baru sampai rumah. time tu la nak masak2..kemas2 rumah bagi in order sikit..pump susu lagi..amik si kecik…kadang2 sambung basuh baju n masak bubur..after dinner, tidokan si kecik..n kite pon tertido skali.tgh malam baru bgn nk solat isyak..sambung pulak iron baju..fuuhhh…itu baru seorang anak. just imagine mak kita dulu, masak dulu before pergi kerja…uruskan 5 orang anak…memang tak terbayang…semoga Allah bagi ganjaran yang setimpal untuk para ibu semua.

walaupon di tengah2 kesibukan macam tu..kadang2 ia membuatkan kite sendiri happy. ada en.husband yang memahami, dan tak request dinner yang komplex2..lagi la macam dapat big bonus..hehe..

Nota kecik: saya masih lagi menunggu penuh sabar elaun sara hidup mybrain. dengar2, ada yang dah masuk. harap2, saya pon termasuklah dalam golongan yang bertuah tu..amiiinnnn~